Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga (Riwayat Ibnu Majjah)
Di Pusat Tamhidi USIM terdapat surau yang disediakan untuk memudahkan mereka yang ingin melaksanakan ibadah solat. Surau tersebut sering digunakan oleh warga USIM dari kalangan Staf dan juga pelajar. Walaubagaimanapun, kapasiti surau sedia ada sangat terhad sehingga menyebabkan kesesakan terutamanya di waktu puncak seperti waktu Zuhur . Ini mewujudkan suasana yang kurang selesa akibat ruang solat yang terlalu terhad dan tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.
Atas dasar tanggungjawab, satu projek kutipan dana untuk membina Surau Tamhidi dan Kompleks Komuniti yang dapat menampung kapasiti sehingga 1000 jemaah. Surau ini akan dibina di ruang kosong antara bangunan FPQS dan Pusat Tamhidi iaitu berhadapan dengan Student Mall.
Projek ini perlu dilaksanakan untuk memastikan keselesaan para jemaah yang ingin menunaikan solat dalam keadaan yang lebih selesa. Selain itu sebuah Kompleks Komuniti juga akan dibina dan akan dijadikan Pusat Komuniti Mesra OKU dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum.
Firman Allah SWT didalam surah Al-Baqarah ayat 267 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
RM1JUTA DIPERLUKAN UNTUK MEREALISASIKAN PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMHIDI DAN PUSAT KOMUNITI INI
Di Pusat Tamhidi USIM terdapat surau yang disediakan untuk memudahkan mereka yang ingin melaksanakan ibadah solat. Surau tersebut sering digunakan oleh warga USIM dari kalangan Staf dan juga pelajar. Walaubagaimanapun, kapasiti surau sedia ada sangat terhad sehingga menyebabkan kesesakan terutamanya di waktu puncak seperti waktu Zuhur. Ini mewujudkan suasana yang kurang selesa akibat ruang solat yang terlalu terhad dan tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.
Atas dasar tanggungjawab, satu projek kutipan dana untuk membina Surau Tamhidi dan Kompleks Komuniti yang dapat menampung kapasiti sehingga 1000 jemaah. Surau ini akan dibina di ruang kosong antara bangunan FPQS dan Pusat Tamhidi iaitu berhadapan dengan Student Mall.
POTONGAN CUKAI : TIDAK
SASARAN : RM 1,000,000.00
JUMLAH TERKUMPUL : RM 27,484.43