TABUNG BIAYA YURAN PENGAJIAN GSM, FEM Graduate School of Muamalat (GSM), Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM menawarkan lima (5) program Sarjana Kerja Kursus, seperti berikut: i. Sarjana Pentadbiran Muamalat (M302) ii. Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) (M303) iii. Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah (M304) iv. Sarjana Perbankan Islam (M305) v. Sarjana Kewangan Islam (M306) GSM telah melancarkan Tabung Biaya Yuran Pengajian GSM bagi membantu bakal pelajar dalam kalangan alumni USIM yang berminat menyambung pengajian di peringkat sarjana kerja kursus dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Para penyumbang boleh menyumbang dari nilai 1 ringgit. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk yuran pengajian sahaja. Keputusan dan pengurusan agihan biaya ini akan dibuat oleh JK Penilaian Tabung Biaya Yuran Pengajian GSM dan Bendahari. Dana yang terkumpul dalam tabung biaya yuran pengajian ini akan diagihkan kepada pelajar dalam tiga kategori. Kategori 1 adalah untuk pelajar kemasukan baru, manakala Kategori 2 dan 3 adalah bagi pelajar sedia ada, seperti keterangan dalam Jadual 1. Bagi pelajar kemasukan baru, tarikh kemasukan bagi Semester 1, 2021/2022 adalah pada 11 Oktober, 2021. Jadual 1: Tiga (3) kategori pembiayaan yuran pengajian GSM Kategori Biaya Keterangan dan kriteria Kategori 1: Program Biaya Separa Yuran Pengajian dibuka kepada pelajar kemasukan baru Sarjana (Kerja Kursus) Tajaan biaya ini hanya terbuka kepada alumni sahaja yang ingin melanjutkan pengajian dalam program Sarjana (Kerja Kursus) di GSM, FEM seperti berikut: i. Sarjana Pentadbiran Muamalat (M302) ii. Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) (M303) iii. Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah (M304) iv. Sarjana Perbankan Islam (M305) v. Sarjana Kewangan Islam (M306) Kategori 2: Program Bantuan Yuran Pengajian kepada pelajar program Sarjana (Kerja Kursus) yang kurang berkemampuan atau dalam kalangan B40 bagi pelajar sedia ada. Pelajar yang kehilangan pekerjaan, mempunyai masalah kewangan untuk menjelaskan baki yuran semester dan lain-lain alasan yang dirasakan kukuh oleh pihak Fakulti untuk dipertimbangkan. Bantuan ini akan diberikan kepada seorang pelajar dengan had sebanyak RM1,000 per semester (maksimum empat semester untuk setiap pelajar) berdasarkan situasi yang mereka sedang hadapi. Pelajar juga layak mendapatkan bantuan ini pada setiap semester dengan alasan dan bukti yang kukuh. Bantuan ini adalah terbuka kepada semua lapisan pelajar sedia ada dari program berikut: i. Sarjana Pentadbiran Muamalat (M302) ii. Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) (M303) iii. Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah (M304) iv. Sarjana Perbankan Islam (M305) v. Sarjana Kewangan Islam (M306) Kategori 3: Program Bantuan Yuran Pengajian kepada pelajar program Sarjana & Doktor Falsafah (Penyelidikan) terutamanya yang kurang berkemampuan atau dalam kalangan B40, bagi pelajar sedia ada. Pelajar yang kehilangan pekerjaan, mempunyai masalah kewangan untuk menjelaskan baki yuran semester dan lain-lain alasan yang dirasakan kukuh oleh pihak Fakulti untuk dipertimbangkan. Bantuan ini akan diberikan kepada seorang pelajar berdasarkan situasi yang mereka sedang hadapi dan jumlah dana dalam tabung. Pelajar juga layak mendapatkan bantuan ini pada setiap semester dengan alasan dan bukti yang kukuh. Bantuan ini adalah terbuka kepada semua lapisan pelajar dari program: i. i. Sarjana Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat (M301) ii. Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) (M401) Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Tabung Biaya Yuran Pengajian GSM ini, penyumbang boleh terus hubungi: Puan Amira Asyikin Razali, Penolong Pendaftar, GSM-FEM, USIM. (email: mirasyikin@usim.edu.my) Nota: 1. Biaya ini boleh dikhususkan kepada calon/pelajar yang dinamakan dengan meletakkan nama penuh pelajar ATAU biaya umum diberikan kepada pelajar yang layak dan memerlukan dl mana-mana kategori seperti dalam jadual. 2. Sumbangan boleh bermula dengan nilai RM1