Tentang Kami

01

Siapa kami?

JOMINFAQ merupakan satu inisiatif pendanaan awam (crowdfunding) USIM sebagai medium sumbangan kepada projek/program berbentuk wakaf, infak dan endowmen.

02

Objektif kami?

1) Memudahkan penyaluran sumbangan untuk projek/program kebajikan dan pendidikan.
2) Memastikan kelestarian kewangan kepada projek-projek kebajikan di USIM, dan
3) Menjamin ketelusan pengurusan dana dan perbelanjaan.

03

Penerima manfaat?

Sumbangan akan disalurkan kepada projek-projek khusus yang memberi manfaat berbeza kepada
1) USIM dan warganya,
2) Masyarakat umum.

Tabung Sumbangan Projek tabung sumbangan kami

Infaq


Infaq bermaksud membelanjakan harta bagi tujuan tertentu terutamanya untuk kebajikan dan mencari keredhaan Allah.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai beberapa projek/program infaq bagi membantu golongan yang memerlukan dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Wakaf


Wakaf membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut. Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik menjadi mutawalli oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan bidang tugas dibawah Seksyen 33(a) dan (b) Enakmen Wakaf (N.Sembilan) 2005.

Endowmen


Endowmen adalah sumbangan khusus bagi sesuatu projek/program dimana manfaat dari sumbangan tersebut akan disalurkan bagi tujuan pendidikan dan kebajikan.

Kempen Semasa Bantu kami dengan sumbangan anda

  • SEMUA
  • INFAQ
  • WAKAF
  • ENDOWMEN

Kempen Akan Datang Senarai kempen yang akan dibuka

Sumbangan Anda Amat Kami Hargai

Projek Infaq

Projek Wakaf